Apa yang boleh anda lakukan untuk duit buat duit?

Ramai jugak orang yang saya jumpa kat forum, ada duit tapi tak tau nak buat apa. Ishh!! best nyer kalau bagi kat saya sebab saya tau nak buat apa dengan duit :D. Tapi, kalau betul2 tak tau nak buat apa, jangan buat apa-apa, simpan aje kat bank.

Cara duit buat duit:

1. Simpan

kita mesti ada simpanan. Kalau boleh, gunakan akaun berlainan untuk tujuan tertentu.. Contohnya, duit gaji dalam Maybank saving Account, nak pi haji simpan dalam Tabung Haji, simpanan masa depan dalam ASB dan yang sewaktu dengannya. Kalau boleh Tabung Haji dgn ASB tu untouchable.. keluarkan jika benar-benar perlu aje. Yang best nyer, kalau kita hanya gunakan dividen+bonus dr simpanan tu jer, jangan usik yg sedia ada.

Banyak mana nak save? Buat penyata kewangan sendiri, tengok pendapatan dan perbelanjaan. Prioriti pada simpanan, save then spend bukan sebaliknya.. kalau spend dulu baru nak save, jawabnya takde saving lah kan.. Kalau rasa kurang percaya pada diri sendiri, buat potongan gaji siap2, tak perlu risau tiap bulan banyak mana nak simpan..

2. Gunakan tunai untuk berbelanja

Selagi mungkin, guna tunai untuk berbelanja supaya boleh control aliran keluar masuk duit. Kalau nak guna kad kredit jugak, pastikan tau tujuan tujuan sebenar dan disiplin mesti bagus. Kalau sekadar nak bergaya, forget about it!!. Silap hari bulan sakit jantung tengok statement.

Gunakan kad kredit secara bijak untuk tujuan seperti travelling, belian online, kumpul point. Andaikan pembelian secara tunai, tanya diri sendiri, cukup tak duit nak bayar. Lepas beli, sesegera mungkin, buat pembayaran. Else, anda leka dan terlupa hutang2 tu.

3. Buat pelaburan

Hartanah, trust fund, biz, forex, emas, silver dan yang sewaktu dengannya. Untuk melabur dalam bidang2 tersebut, perlukan pelaburan asas iaitu ilmu.. Mana nak dapat? Belilah buku, hadiri seminar, join forum, dapatkan mentor atau belajar dari orang yang dah berjaya.. Actually, ilmu adalah pelaburan dan harta yang kekal selagi kita hidup. Hanya dengan ilmu, orang yang gagal, boleh bangkit kembali dan berjaya. Dan jika ilmu yang dipelajari itu dikongsi, ianya menjadi pelaburan dunia dan akhirat, insyaAllah.

4. Bersedekah

 Apa yang boleh anda lakukan untuk duit buat duit?

Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah.. Sangat besar ganjarannya.

- Bersedekahlah walau sedikit tapi ikhlas (tak perlu tunjuk2 kat orang, nanti timbul riak pulak dan janga harapkan balasan)..

- Jangan berkira sangat bila bersedekah kerana sebahagian harta kita itu adalah milik orang lain.

- Bersedekahlah ke jalan yang benar. Kalau sedekah kat Astro, apa pun tak dapat unless kita gunakan kemudahan itu untuk manfaat orang lain juga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge

UA-34513068-1