Majlis Graduasi MRSM Langkawi 2012

mrsm langkawi 300x180 Majlis Graduasi MRSM Langkawi 2012

 

 

 

 

 

 

Sabtu lepas, kami sekeluarga menghadiri Majlis Graduasi MRSM Langkawi untuk Tingkatan 3 dan Tingkatan 5. Ramai jugak parents yang hadir, almaklum nak meraikan kejayaan anak2. Ibubapa mana yang tak berbangga dengan kejayaan anak-anak, kan.. Alhamdulillah, anak saya Form 3, mendapat kelas pertama dengan CGPA 3.77, in Top 10 list,  dan menjadi Pelajar Terbaik Sains Tulen. Moga kejayaannya berterusan dengan keputusan cemerlang PMR 2012.

Tak dapat digambarkan betapa kembangnya dan sejuknya hati seorang ibu melihat kejayaan anak-anak. Hati saya sangat2 tersentuh mendengarkan kejayaan beberapa Tokoh Tingkatan 5 terutamanya Tokoh Akdemik, Siti Fitrah Ibrahim yang mencapai CGPA 3.97 yang dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik Tingkatan 5 serta Pelajar Terbaik Fizik, Kimia dan Biologi.. Alangkah bertuahnya seorang ibu melihat kejayaan yang amat besar ini dan dapat dikongsi bersama-sama di atas pentas bersama si anak. Pastinya doa ibu menjadi kekuatan bagi Siti Fitrah. Bagi Tokoh Pelajar Tingkatan 5, Meor Muhammad Naqib Meor Mustaffa, kejayaan dan sumbangannya di dalam pelbagai bidang; debat, bahasa, Presiden BWP dan pelbagai lagi membuatkan saya menitiskan airmata terharu. Sungguh bertuah kedua ibubapanya.

Lantas saya dan suami menggunakan contoh kedua tokoh berkenaan sebagai motivasi dan reference point untuk anak saya menempa kejayaan di masa hadapan. Cuti sekolah yang bakal menjelma akan digunakan sebaik mungkin untuk persediaan ke Tingkatan 4. Itulah yang kami sama-sama janjikan.. Doa mama dan papa sentiasa bersamamu wahai anak-anakku Anwar Haikal dan Aliff Haikal.

Doa kami juga moga MRSM Langkawi akan lebih cemerlang dan menjadi MRSM terbaik dalam PMR dan SPM 2012.

Incoming search terms:

  • mrsm langkawi
  • mrsm langkawi 2013

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge

UA-34513068-1